Sunday, January 10, 2010

Bisnes Online- Perlukah kita berhenti kerja?

Soalan yang perlu kita fikir dalam-dalam dan bukannya mudah untuk menjana pendapatan online ini dalam semalaman kerana ianya memerlukan masa, usaha, teknik, kos (duit) dan juga pengalaman. Pengalaman menjadikan kita matang dan berfikir panjang. Sebagai contoh untuk menjadi seorang Blogger yang professional kita perlu membuat penyelidikan tentang apa yang hendak kita sampaikan kepada pembaca. Sebagai contoh Darren Rowse - Problogger.net, memerlukan hampir 2 tahun untuk menjadi Blogger professional itu pun setelah melalui bermacam rintangan. Begitu juga dengan Jutawan Internet Malaysia, Sdr Irfan Khairi berjaya menjadi usahawan internet setelah melalui pelbagai kegagalan. Saya pernah mengikuti kursus dan seminar yang dijalankan beliau dan pengalaman mengajarnya menjadi berjaya.

Namun bukan sesuatu yang mustahil untuk berjaya dalam dunia cyber ini tetapi ianya perlukan masa untuk berjaya. Yang penting usaha dan usaha dan usaha.

Sekadar berkongsi idea dan pendapat!

1 comment:

  1. Terpulang kepada kita mentafsirkan erti kebebasan terhadap konsep bekerja, samada kerja sendiri ataupun kerja di bawah orang lain

    ReplyDelete