Sunday, January 10, 2010

Percaya Atau Tidak - Sekadar Renungan

Bisnes di internet? Mungkin sukar untuk percaya atau pun takut gagal, memang menjadi lumrah manusia untuk mempercayai lebih-lebih lagi ianya di alam cyber/ataupun maya. Memang ramai yang gagal tapi ramai juga yang telah berjaya. Pada saya hanya yang benar-benar berani akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ramai di antara kita ingin berjaya dengan jalan mudah, keluar modal sedikit tapi ingin menjadi Jutawan. "BUKAN SENANG UNTUK MENJADI SENANG". Berusaha dengan sedaya-dayanya tetapi kalau gagal juga tidak bererti berhenti setakat itu. Berusahalah lagi dan percayalah "KEGAGALAN MENDIDIK KITA UNTUK BERJAYA". Usaha bukan untuk sehari dua tetapi SELAMA-LAMANYA kerana sekalipun kita telah berjaya tetapi bantulah mereka yang ingin berjaya barulah menjadi USAHAWAN BERJAYA. Usahawan yang berjaya tidak seharusnya lupa kepada mereka yang belum berjaya. Itulah dinamakan AMAL....rasanyalah.

Apa pun aku akan terus berusaha sehingga berjaya.

No comments:

Post a Comment