Sunday, January 17, 2010

Kekayaan atau Kesenangan

Kekayaan - Semua orang mahukan kekayaan iaitu duit banyak, dapat apa saja tapi adakah itu erti kesenangan dalam hidup. Mungkin anda berbeza pendapat dengan saya kerana pada ramai orang dengan memiliki wang yang banyak maka mereka merasakan itulah kesenangan yang di cari. Maka ada berbagai-bagai cara untuk mendapatkan kekayaan samada berniaga, pangkat yang tinggi dan memperolehi gaji yang tinggi dan bermacam-macam lagi. Semuanya duit semata-mata dan maka itulah matlamat mereka (Agaknya). Hidup dengan memiliki duit yang banyak memang menjadi idaman setiap manusia dan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat itu. Tak kira apa pun yang mereka usahakan samada halal atau haram janji ianya mampu memberi mereka wang. Tetapi adakah itu mampu memberi kesenangan kepada jiwa mereka? Fikirkanlah.

Kesenangan - dalam erti kata yang sebenar merasa bebas tak kiralah samada bebas dari belenggu kewangan, bebas dari kongkongan masa iaitu mempunyai masa untuk diri sendiri, keluarga atau kita tentukan masa kita sendiri, bebas dari belenggu majikan.Adakah emua itu boleh dikatakan "MERDEKA DIRI" ?. Walaupun kadang-kadang hanya cukup makan seharian tetapi jiwa mereka puas terhadap apa yang di buat dan yang diterima.   Mereka tahu erti hidup, tujuan hidup, matlamat hidup dan perlunya hidup mereka di muka bumi ini. Bukan wang, pangkat, kedudukan atau nama yang dicari tetapi keberkatan dalam hidup. Adakah itu erti kesenangan yang memberi Ketenangan Jiwa ? Fikirkanlah.